About

Ridzuan Haqiem bin Rusli (dilahirkan pada 16 Jun 1998) atau lebih dikenali sebagai Haqiem Rusli (Jawi: حاقيم روسلي) merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik di Malaysia.Beliau memulakan karier sebagai penyanyi ketika berusia 10 tahun selepas menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil (TV9) musim pertama pada tahun 2008.

Setelah 10 tahun berada dalam industri, Haqiem telah berjaya mengeluarkan beberapa buah single hit antaranya Segalanya yang berjaya meraih 8 juta tontonan di laman YouTube, Tergantung Sepi 27.1 juta tontonan dan Jatuh Bangun feat. Aman Ra, 14.3 juta tontonan setakat ini.

Website
Website not available
All Artists: # A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z