×
Mau berkontribusi di situs kami? Upload chord kamu dan dapatkan poin dari setiap chord yang kamu unggah! Upload Sekarang
×
Mau berkontribusi? Upload Sekarang
Kumpulan Data merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.Kumpulan Data telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada awal 90'an. Ia dianggotai Md Nor, Hanif, Sharil dan Shidi (penyanyi). Kumpulan Data ini mula mencipta nama setelah berjaya melahirkan album hit Sayu, diikuti album kedua Tunduk Mengalah, Kasihku Tetap Abadi album ketiga dan Rahsia Kesabaranku album ke empat.
Meskipun kumpulan ini kurang menonjol dan jarang diangkat sebagai personaliti hiburan yang popular disebabkan kesibukan mereka sebagai penghibur kelab malam, namun lagu-lagu kumpulan Data mendapat tempat secara meluas. Antara lagu-lagu hit Data dan popular sehingga ke hari ini seperti Rindu Buat Kekasih, Tunduk Mengalah, Permasuri, Ku Menanti Ku Menangis dan yang terbaru Sayangku.Kumpulan Data kini sedang merancang untuk menghasilkan album penuh terbaru di bawah label syarikat rakaman MVM yang dinaungi mereka dan dijangkakan akan tetap mengekalkan konsep lagu-lagunya yang terdahulu.
Lagu Populer: