Hael Husaini

302
About

Hal Husaini bin Razmi atau lebih dikenali sebagai Sani, Hael Azhael atau Hael Husaini lahir pada 10 Disember 1987 (umur 30), merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu kelahiran Negeri Sembilan di Malaysia. Kerjaya Husaini dalam bidang seni bermula dengan sesi uji bakat untuk rancangan realiti One In A Million (OIAM) pada tahun 2006. Pada tahun 2009, beliau pernah menganggotai kumpulan Evo bersama rakan duonya, Erul/Hyrul dalam Mentor TV3. Mereka merupakan protege kepada Jaclyn Victor.

Husaini mengeluarkan lagu solo pertama, “Seandainya” sebelum disusuli dengan album mini. Pada tahun 2013, beliau bersama temannya, Azhar Osman menubuhkan kumpulan duo, Azhael dan dinobatkan sebagai Naib Juara dalam Akademi Fantasia Musim 10. Lagu debut mereka berjudul "Hentian Terakhir" yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Damien VE berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai. Awal 2017, Hael Husaini telah mengeluarkan kenyataan pengunduran diri dari kumpulan duo Azhael di laman instagram beliau pada 2 Februari. Beliau akan tetap meneruskan aktiviti seni namun secara solo.

Website
Website not available



0 Comments
Please sign-in to comment.

All Artists: # A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z