Syura Badron
Zuraidah Badron atau lebih dikenali sebagai Syura ialah salah seorang penyanyi wanita Malaysia yang begitu sinonim dengan lagu-lagu pop tradisional. Selepas memendam hasrat hampir empat tahun untuk bergelar penyanyi, akhirnya niat Syura termakbul apabila dilamar Fantasia Music City (FMC) untuk bernaung di bawah bumbung mereka. Syura yang berasal dari Kempas, Johor Bahru menjadi penyanyi wanita kedua di bawah payung FMC selepas Siti Nordiana.