Liyana Jasmay
Liyana binti Jasmay (lahir 28 Mac 1988)[a] ialah seorang pelakon, penyanyi dan usahawan wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1997 dengan membuat kemunculan sulungnya dengan membawakan peranan kecil menerusi drama Si Lembik arahan Aznil Nawawi sebelum melangkah ke peranan utama menrerusi drama termasuk KAMI The Series (2007), Puaka Niyang Rapik (2008-2009), Zati dan Si Mawas (2009) dan Ponti Anak Remaja (2010).