Junainah M Amin
Junainah M. Amin ataupun dikenali sebagai Junainah merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon pujaan ramai sekitar era 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura.
Junainah mula aktif menyanyi sejak di zaman persekolahan iaitu pada tahun 1969. Beliau juga pernah menjuarai pertandingan menyanyi yang diadakan di tempat kelahirannya di Singapura. Hasil daripada pertandingan itu, bakatnya telah disedari oleh komposer, Kassim Masdor yang membawanya ke syarikat EMI Singapura.