Didn't find a chords from Dehearty you were looking for? Be the first to add it to the site.

Publish Chords

About

Kumpulan DeHearty merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu. Kumpulan DeHearty muncul dalam industri nasyid tanah air ada bulan Ogos 2003 setelah pengasasnya, saudara Hisyam bin Ahmad@Ahmadiah telah dipelawa oleh syarikat rakaman NAR Records Sdn. Bhd. untuk merakamkan album solo setelah setahun Hisyam meninggalkan kumpulan In-Team.

Namun begitu, beliau tidak yakin untuk bergerak solo lantas membuat ujibakat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada waktu itu. Hasil ujibakat tersebut, beliau berjaya mencari bakat baru dengan penyertaan tiga ahli iaitu Azrul, Warie dan Zul. kemudian, beliau bersama tiga ahli tersebut telah menubuhkan kumpulan nasyid yang sekali lagi mencetuskan fenomena iaitu kumpulan DeHearty, seiring dengan kumpulan nasyid yang popular pada waktu itu. Antara lagu hits mereka ialah Permata Yang Dicari, Inspirasi Hati, Abu Bakar As-Siddiq, Wanita dan Di Hati. Kumpulan ini telah diuruskan sepenuhnya oleh NAR Records Sdn. Bhd. dari segi penerbitan dan pengedaran album.

Website
Website not available
All Artists:
All Artists: # A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z