Altimet
Ahmad Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet (dilahirkan pada 27 November 1978 (umur 39)) merupakan seorang komposer, penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau memperjuangkan irama hip hop. Altimet pernah menganggotai Kumpulan Teh Tarik Crew yang ditubuhkan pada 1999 dengan Mizz Nina, DJ FuzzF dan Fiquetional. Selepas kumpulan itu berpecah pada 2007, beliau memulakan kerjaya secara solo. Beliau merupakan pemenang trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Amboi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 pada 11 Februari 2018.