XPDC
Kumpulan XPDC adalah kugiran ikon Heavy Metal di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Sebelum nama Tragedy ditukarkan kepada XPDC,pada tahun 1987,Kumpulan Tragedy telah diasaskan oleh Mael dan beliau juga selaku (Vokalis) serta kumpulan ini juga dianggotai oleh Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar.