Slam
Kumpulan Slam merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Slam adalah salah sebuah kumpulan lama yang telah meniti populariti dalam dunia muzik tanah air dan boleh diklasifikasikan dalam kategori 'growth', di mana mereka pernah menuju ke puncak kejayaan sebagai penyanyi berkumpulan. Nama Zamani, Shah, Ajak, Lili, Man dan Eddie tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni suara tanahair, khususnya selepas kejayaan album kedua mereka yang berjudul 'Kesan Terbukti'. Album ini telah memuatkan lagu-lagu berhantu dengan 4 lagu berada di kedudukan teratas carta Muzik Malaysia dan Indonesia seperti Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin. Kemudian mereka terus mengorak langkah dengan lagu-lagu hits yang lain seperti Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani dan lagu malar segar Gerimis Mengundang.