Nadzmi Adhwa
Nadzmi Adhwa bin Nor Adzmi lebih dikenali sebagai Nadzmi Adhwa (lahir 6 November 1992) adalah seorang model sambilan dan pelakon dari Malaysia. Nama beliau mula dikenali kerana drama rantaian slot Akasia TV3 Hati Perempuan dengan memegang watak sebagai Tengku Zaqif.
Nadzmi telah banyak melibatkan diri dalam aktiviti seni seperti menyanyi, berlakon, peragaan (model) dan pengacaraan televisyen sejak dari tahun 2015. Drama Hati Perempuan lakonan beliau yang telah memuncakkan populariti beliau dalam bidang lakonan.