Misha Omar
Misha Omar atau nama kelahirannya Samihah @ Aisah binti Omar ialah seorang penyanyi dan aktris berbangsa Melayu dari Malaysia yang memulakan karier rekaman seawal usia 20 tahun ketika masih menuntut di universitas. Misha mula dipupuk bakatnya setelah memasuki pertandingan lomba nyanyi anjuran Radio Televisyen Malaysia pada tahun 2001. Pada ajang yang juga pernah melahirkan bintang seperti Siti Nurhaliza itu Misha berhasil ke peringkat akhir namun kecundang. Komposer Adnan Abu Hassan bertindak mencungkil bakat Misha hingga meriliskan album sulung berjudul Misha pada tahun 2002. Album ini juga mendapat sentuhan daripada komposer asli Indonesia sendiri iaitu Tohpati untuk rekaman 2 buah lagu.
Misha meraih kejayaan menerusi singel Bunga-bunga Cinta sehingga menjadikan dia sebagai salah seorang penyanyi wanita Malaysia yang paling masyhur dari segi popularitasi dan kualitas. Misha juga di kenali di Indonesia lewat lagu singelnya itu serta lagu-lagu lain seperti Semoga Abadi dan Dedebu Cinta. Pada tahun 2005 Misha mula mencuba bakat sebagai aktris langsung menerusi film aksi dan romantis. Misha juga sempat merekam lagu nyanyian asli Kris Dayanti dan Melly Goeslaw iaitu lagu Cinta bersama teman penyanyi Jaclyn Victor pada tahun 2006. Misha menyanyikan bahagian Melly.
Leave a comment