Feminin
Feminin merupakan sebuah kumpulan pop wanita di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1992. Kumpulan ini dianggotai oleh lima anggota asalnya Asfarina binti Muhamad (As), Andriati binti Abdul Rahman (Yatie), Rozilawati binti Muhamad (Watie), Noor Intan Zanariah binti Abdul Zaharin (Deq Nor) dan Nor Askiela binti Zainal Abidin (Along).
Kumpulan ini telah meraih kejayaan di industri muzik Malaysia dalam tempoh yang singkat sebelum dibubarkan pada 1997 akibat masalah dalaman, ditambah pula dengan kegawatan ekonomi yang melanda rantau Asia. Antara lagu mereka yang paling popular hingga sekarang adalah "Untukmu". Mereka ada melakukan 'comeback' tetapi sekadar untuk me'remix'kan lagu "Untukmu" sahaja.