Fahrenheit
Kumpulan Fahrenheit merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Sejarah Fahrenheit bermula pada sekitar tahun 1995 dimana Yan dan Ary datang ke Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah studio iaitu Heaven Studio, Ampang. Disana, mereka bertemu Ajaq - yang juga adik kepada bekas pemain bass kumpulan Gersang, Man Greng dan Dino - bekas pemain drum kumpulan Teja.
Pembabitan mereka bermula dengan sesi 'jamming' di studio dan kemudiannya berjaya menambat hati Haron BPR untuk menjadikan mereka sebuah kumpulan rock dibawah naungan Life Record. Menyedari bahawa Life Record telah berjaya menaikkan nama XPDC, maka Fahrenheit bersetuju untuk menyertai mereka.