About

Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan (lahir 29 April 1966) merupakan seorang penyanyi dan ahli politik Malaysia. Dari kerjaya muziknya sekitar era 1980-an, beliau terkenal dengan gandingannya bersama Jay Jay menerusi lagu "Kita Insan Biasa". Pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau bertanding di parlimen Pengerang mewakili PKR. Bapanya Tengku Abdul Hamid ialah anak kepada Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya berasal dari keluarga Di Raja Kedah beliau menjadi Menteri Besar Kedah ke-2.

Dayangku Intan ialah anak kedua dalam empat adik beradik. Di lahirkan dan di besarkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Perkahwinannya dengan Rosman Yahil berasal dari Johor dikurniakan seramai 4 orang cahaya mata. Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tsun Jin merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Perwira, Kg. Pandan. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian. Selain dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris beliau juga fasih dalam bahasa Mandarin dan Kantonis.[perlu rujukan]

Website
Website not available
Not signed in yet? Click here to sign in



Publish Tabs

Log in or register to publish tabs and earn points for every tab you share!

Login at Musikord
All Artists:
All Artists: # A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z