Akim & The Majistreet
Akim & The Majistret ialah sebuah kugiran muzik rock yang semakin dikenali dalam bidang muzik arus perdana Malaysia sejak 2014 dengan lagu Mewangi. Semenjak dibentuk pada tahun 2014 sebagai eksprimen hasil cetusan idea Akim Ahmad, kugiran ini telahpun melancarkan album studio sulung mereka, Patriot pada Ogos 2015. Lagu Mewangi dan Potret yang disambut hangat di corong-corong radio, mengungguli kebanyakan carta lagu stesen-stesen radio di Malaysia.
Single kedua Akim & The Majistret iaitu Potret telah meraih kejayaan terbesar dalam Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) apabila mereka berjaya membolot anugerah Persembahan Terbaik sekaligus dinobatkan sebagai Juara Lagu 30 menewaskan lagu Assalamualaikum (Faizal Tahir) di tempat kedua dan lagu Hanya Nama-Mu (Caliph Buskers) di tempat ketiga.
Pada 2016 , terdapat kekeliruan tentang lagu Hanya Padamu di mana lagu itu telah dimuat naik menerusi Spotify , Youtube , JOOX dan sebagainya dengan tetapan nama " Akim & The Majistret " . Namun , setelah pemberitahuan secara rasmi oleh vokalis kumpulan ini di stesen radio Hot FM , lagu tersebut merupakan lagu solo vokalis itu sendiri iaitu Akim Ahmad .