Aiman Tino

834
About

Mohammad Aiman bin Yusri (dilahirkan pada 27 Jun 1998) atau lebih dikenali sebagai Aiman Tino (Jawi: أيمان تينو) merupakan seorang penyanyi lelaki dari Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian umum selepas lagu single pertama beliau iaitu Ku Rela Dibenci mula mendapat sambutan daripada orang ramai.

Lagu "Ku Rela Dibenci" ini dicipta dan ditulis liriknya oleh ibu bapanya sendiri.[3] Lagu itu berkisahkan seorang lelaki yang meluahkan keresahan hatinya berhubung pendirian kekasihnya yang bermain kayu tiga dan mahu perhubungan itu berakhir meskipun dirinya dibenci. Lagu "Ku Rela Dibenci" dan "Permata Cinta" disambut hangat oleh ramai rakyat Malaysia dan juga sering diputarkan di kebanyakan corong radio di Malaysia dan sering dimainkan di media sosial seperti YouTube yang kini mencecah 30 juta tontonan (kiraan 3 Feb 2017) manakala muzik video untuk "Permata Cinta" pula mencecah 10 juta selepas dua bulan dimuat naik di Youtube.

Website
Website not available



0 Comments
Please sign-in to comment.

All Artists: # A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z